Kaedah Koch
Secara tradisional, kod Morse diajar dengan cara susah dengan cara menerima
semua kod pada kelajuan perlahan dan kemudian maju ke kelajuan yang lebih
tinggi. Kaedah Koch, iaitu cara lain membuktikan bahawa anda harus mulai belajar
dengan kelajuan yang dikehendaki - tetapi anda bermula dengan hanya 2 karakter
yang dihantar secara rawak. Setiap sesi adalah lima minit, dan setiap kali anda
mendapatkan 90% atau 100% betul, anda boleh menambah hanya 1 karakter lain.
Kombinasi Koch adalah seperti berikut K M U R E S N A P T L W I J Z F O Y V G Q
H B C D X. Untuk nombor pula, 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0. Kombinasi sebenar Koch adalah
terdiri dari gabungan huruf dan nombor, saya telah mengasingkan antara karakter
ini bagi memudahkan sesi pembelajaran. Kaedah Koch dicipta oleh psikologis
Jerman Ludwig Koch pada 1930-an.
Pemasaan Farnsworth.karakter dihantar pada kelajuan yang tinggi,
tetapi jarak tambahan dimasukkan di antara aksara dan kata-kata untuk
melambatkan kelajuan penghantaran sebenar. Keuntungan dari ini adalah bahawa
anda terbiasa untuk mengenali watak pada kelajuan yang lebih tinggi, dan dengan
demikian akan lebih mudah untuk meningkatkan kelajuan nanti. ARRL menggunakan
pemasaan Farnsworth untuk penghantaran, latihan dan kaset ujian dengan kelajuan
18 WPM (90 CPM). Pemasaan Farnsworth dicipta oleh Donald R. Farnsworth (W6TTB)
pada akhir 1950-an.
Kaedah Rekaan 9M2PJU (HIHI)Diambil dari peribahasa "bersusah
dahulu bersenang kemudian". Satu kombinasi telah dicipta dengan memulakan
latihan dari huruf yang dianggap susah kerana bunyi yang terdiri dari 4 dit atau
dah. Apabila anda dapat menguasai huruf yang dianggap susah ini, secara tidak
lansung huruf yang terdiri dari 2 dit atau dah, 3 dit atau dah akan menjadi
lebih senang.
Pemasaan untuk kaedah ini sama seperti Koch, jika sasaran anda
untuk mencapai kelajuan 12WPM, cadangan kelajuan adalah 14 ke 15WPM bergantung
kepada kesesuaian diri. Jika termampu, teruskan bermula dari 18WPM. Tidak
menjadi masalah untuk bermula dari kelajuan yang tinggi kerana anda tidak akan
selamanya ingin bekerja pada kelajuan 12WPM.
Kombinasi adalah FL QY BV PX CZ
JH DG KR OS WU MI NA TE. Setiap sesi adalah 10 ke 15 minit, bermula dengan 2
huruf dihantar secara rawak dan setiap kali anda mencapai 90% atau 100% betul,
anda boleh menambah 2 huruf yang lain. Jangan tambah sebarang huruf jika anda
masih ragu-ragu. Jika anda berjaya menyalin dari FL QY BV PX CZ JH, nescaya
huruf DG KR OS WU MI NA TE akan menjadi senang.
Teknik Pengasingan Dit Dan Dah.
Teknik ini mengasingkan antara
bunyi dit dan dah. Bermula dengan huruf E I S H , T M O, dan seterusnya seperti
aliran dalam carta ini
Kelajuan yang disarankan adalah seperti pemasaan Farnsworth. Kaedah ini sesuai
untuk mereka yang "tone deaf". Ini adalah kerana bunyi antara dit dan dah telah
diasingkan supaya mereka lebih senang untuk membezakan antara bunyi
tersebut.
Software yang dicadangkan boleh didapati di
http://www.justlearnmorsecode.com/
Ini adalah kerana software Justlearnmorsecode
ini sangat ramah pengguna, tone dan kelajuan boleh diubah mengikuti citarasa,
kombinasi yang boleh diubah mengikut pelbagai kaedah serta pattern penghantaran
yang menyerupai ayat sebenar.
Selain dari JustLearnMorseCode,
http://lcwo.net juga boleh digunakan. Ianya adalah
aplikasi berasaskan web dibina oleh Fabian DJ1YFK, pemenang High Speed
Telegraphy 1000 character per minutes tahun 2008. Anda boleh menilai prestasi
anda, berlatih dengan pelbagai teknik, samada Koch method, code groups, plain
text, callsign, atau pun words training.
Disamping itu juga terdapat
banyak fail audio yang boleh dimuatturun dari internet, sebagai contoh. Anda
boleh download morse code training files dari
http://morse.massyn.net/
Cuma perlu download dan burn ke CD audio dan pasang. W1AW code practice files
juga bagus, sila ke
http://www.arrl.org/code-practice-files
dan download mengikut kelajuan yang anda rasa sesuai. Perkara yang paling
penting dalam permulaan pelajaran morse code adalah MENDENGAR SAMBIL
MENULIS.
Tips Untuk Belajar Morse Code
- dengar dan hafal setiap bunyi bagi setiap huruf dari A sampai ke Z, 0 hingga
9. apabila sudah hafal, cuba dan mula berlatih mengikut teknik-teknik di atas.
pasang audio files, dengar dan salin. jika ingin menggunakan software, pastikan
anda berlatih huruf terlebih dahulu sebelum nombor atau simbol.
- cuba gunakan imaginasi anda untuk menghafal, dan buat irama unik dan
tersendiri bagi setiap huruf dan nombor.
- Bagi huruf yang susah, sila gunakan kebijaksaan otak untuk membina
mnemonics, contoh untuk huruf B. Baaaa tu tu tuk. L, lid daa gi git.
- naikkan kelajuan, dan terus salin huruf yang anda sudah hafal. sementara itu
cuba hafal huruf yang masih belum dihafal.
- ambil masa setiap hari untuk dengar sambil tulis. latihan hendaklah
berterusan. pada peringkat pertama pelajaran ramai yang merasakan morse code ini
susah. ini adalah normal. pada masa ini, anda harus berlawan dengan emosi anda
sendiri.
- amalkan membaca sesuatu dan lagukan irama morse itu di dalam hati. pastikan
fikiran anda sentiasa ingat akan morse code, sambil memandu anda boleh mengeja
huruf-huruf kereta di depan anda terus dari otak.
- buat latih tubi jika anda sudah yakin, ini untuk melatih stamina otak untuk
decode morse code.
- latihan yang berkala dalam jangka masa yang berterusan sangat diperlukan
untuk belajar morse code.
p/s: perlu diingat bahawa kod Morse adalah kod bunyi. sebarang cara untuk
mengingati kod secara Visual Mnemonic adalah cara yang salah sama sekali,
kecuali dengan cara Syllabic Mnemonics. setakat ini masih tiada dokumen
tentang Syllabic Mnemonics kod morse yang sesuai dalam bahasa Melayu, kecuali
dalam bahasa Inggeris. sila rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Morse_code_mnemonics .
Jangan belajar dalam keadaan yang selesa, jangan biasakan dengan 2
spacing, cuba 12WPM, 13WPM atau 14wpm single spacing dan paksa diri anda sampai
ke kemuncak. Latihan Kod Morse adalah untuk membina reflek di dalam minda, bukan
formula ataupun teknik mengira berapa dit atau dah. Biasakan dengan irama
sesuatu huruf. Jika tonenya tinggi, mungkin kod itu akan berbunyi seperti "tit
ta, ta ti ti ti", jika tone itu sedang-sedang, morse akan berbunyi seperti "dit
da, da dit dit dit, dan juga jika tone terlalu rendah, mungkin akan berbunyi
seperti, "bi ba, ba bi bi bi", oleh itu jangan bertanggapan bahawa Kod Morse itu
akan berbunyi sempurna, cuba biasakan dengan perbagai tone bunyi dan kelajuan.
Sebagai latihan, jika anda melihat sesuatu huruf, biasakan dengan menyanyikan
irama huruf itu di dalam hati. Sebagai permulaan, cubalah satu huruf sehari,
dengar sambil salin di kertas. Mendengar tanpa menulis huruf adalah sia-sia bagi
mereka yang baru berjinak dengan Kod Morse.
Sesungguhnya tiada satupun kaedah yang boleh menjanjikan penguasaan anda
dalam Kod Morse jika anda sendiri tidak berusaha. Latarbelakang seseorang adalah
berbeza dari segi IQ, jantina, umur, pendidikan, pekerjaan, bakat, kesungguhan
dan lain-lain. Anda harus mencuba pelbagai kaedah dan bereksperimentasi
dengannya supaya anda temui teknik yang paling sesuai bagi diri anda - Piju
9M2PJU
Bye 9W2CZK |V42