Rabu, 20 Ogos 2014

KENAPA PILIH LELONG ?

Untuk membeli hartanah, ada 3 cara yang biasa kita dengar iaitu : 


1. Beli baru dari developer
2. Beli atas tangan orang (subsale)
3. Beli secara lelongan awam/private/mahkamah

Dari ketiga2 cara tersebut, kenapa pilih lelongan?

Kebaikan membeli secara lelongan : 
  • Boleh beli hartanah di bawah harga pasaran (20%-30%) 
  • Hartanah dah siap dan ada track rekod dari segi harga pasaran dan harga sewa
  • Proses yang cepat , tak perlu rundingan yang berjela2. Kalau suka, boleh bid. Kalau tak suka, cari lain
  • Tidak ada risiko hartanah tidak disiapkan oleh pemaju

Dari kebaikan-kebaikan di atas, kebaikan yang pertama merupakan tarikan utama kenapa
pilih beli secara lelongan. Dengan cara yang betul, tidak sukar untuk membuat keuntungan
besar dengan pelaburan hartanah lelongan. 

Ada pepatah berkenaan pelaburan hartanah yang berbunyi seperti ini...

" For property investment, u make money when u BUY, not when u SELL" 

Akan tetapi, membeli secara lelongan tetap ada risiko2 yang perlu diambil kira. Walaupun
begitu, pihak saya sedia untuk membantu bakal pembeli/pelabur untuk mengurangkan risiko2 tersebut supaya setiap pembelian yang dilakukan adalah menguntungkan. 

Jika anda ada sebarang pertanyaan berkenaan lelongan hartanah,

 sila hubungi Cikgu Zull di 019-9688645 atau email 9w2czk@gmail.com.com

Selasa, 12 Ogos 2014

LELONG OH LELONG


Rumahku syurgaku. Rasanya macam tak lengkap hidup berkeluarga kalau belum memiliki rumah sendiri. Betul tak? Sampai bila nak menyewa aje. Itupun kadar sewa makin lama makin mahal. Daripada bayar sewa mahal2 sampai 700-800 sebulan baik simpan duit tue nak buat deposit beli rumah sendiri.


Memandangkan harga rumah sekarang neh MAHAL NAK MAMPOS, ramai juga yang sanggup membeli rumah lelong kalau kena gaya. Memang la tak semua rumah lelong tue dalam berkeadaan baik dan terurus namun membeli rumah lelong dapat menjimatkan wang korang sehingga ratusan ribu ringgit tau. Kos nak membaikpulih tue kalau mahal sekalipun tetap la tak semahal kos membeli rumah baru. Cuma, masalah yang paling besar dalam rumah lelong neh ialah bila korang nak masuk rumah tue, owner taknak keluar. Selebihnya masalah2 yang lain boleh diselesaikan secara ansur2.


Bagi mereka yang berminat nak beli rumah lelong.


PASTIKAN ;


1. FAHAMI APA ITU RUMAH LELONG.



Rumah lelong ialah = bilamana pemilik rumah gagal menjelaskan bayaran pinjaman kepada bank seperti tertakluk dalam perjanjian asal pinjaman kewangan untuk beli rumah. Rumah lelong boleh ada dalam pelbagai rupa, tidak semestinya rumah-rumah teres biasa malah terdapat juga rumah bertaraf banglo, villa dan juga apartment turut menjadi status lelong.
Kegagalan pengurusan kewangan secara sistematik telah menyebabkan aset besar seperti rumah ini bertukar status kepada lelong secara tidak langsung.
Boleh juga terjadi jika tersilap langkah pemilik asal rumah ini digelar sebagai bankrup!
2. FAHAMI PROSES MEMBELI RUMAH LELONG.
- Siapa yang jual rumah lelong tue? BANK? Syarikat pelelong (under agensi hartanah)? Itu kena selidik betul2. Sapa yang buat pengisytiharan lelong.
- Ambil tahu dan bandingkan harga lelongan. Tak guna beli rumah lelong kalau harga yang dia lelong nak dekat2 macam korang beli rumah baru. Haha. Dia buka harga berapa. Korang kena pastikan harga buka dia tue agak2 berbaloi untuk dibida.
- Bila dah tahu siapa yang buat pengisytiharan lelong dan juga harga bidaan (harga buka), langkah ketiga korang kena dapatkan alamat rumah lelong tue. Kalau kat internet siap alamat no phone dah. Lepas tue jangan call sapa2 dulu. Pergi tinjau sendiri keadaan rumah lelong tue. Tengok persekitaran dan rumah lelong tue dari luar. Untuk rekod, bukan semua rumah yang dilelong korang boleh masuk dan tinjau keadaan rumah tue. So pandai2 la korang agak sendiri anggaran yang diperlukan untuk perbaiki rumah tue. Kalau dia dalam kondisi yang teruk la. Biasa dari luar dah boleh nampak.
- Kalau jenis yang takde pengangkutan awam, elokla cari rumah lelong yang berdekatan dengan pengangkutan awam. Kalau jenis anak2 nak sekolah, elokla beli rumah yang berhampiran kawasan sekolah. Korang lebih faham korang punya keperluan apa kan. So masa tinjau2 keadaan rumah lelong tue pandai2 la fikir samada kawasan tersebut sesuai atau tidak sesuai dengan keperluan masing2.
- Lepas tue baru call bank ataupun agent yang buat pengisytiharan lelongan tue kalau berminat nak proceed kepada langkah seterusnya. Amek tahu liabiti yang korang perlu tanggung. Api, air tue semua bawah korang tau. Kalau ada tunggakan korang yang kena tanggung. Kecuali tunggakan owner lama dengan bank. Yang lain2 selain dari itu seperti bill maintainance ke indah water ke dorang kira atas rumah. Suka tak suka kena la bayar dan kemudiannya kena tukar nama.
- Bila dah settle semua di atas, dah cukup info, dan yakin yang korang MAMPU DAPATKAN LOAN BANK, barula boleh ke proses lelongan rumah. Bank draf. Kena sediakan deposit 10%. Tak boleh kurang langsung. Kalau rumah lelong tue harga dia 40k maka sediakanla 4%. Tapi kalau rumah lelong tue ramai yang minat maka berbida2an kamu. Kalau ko sorang je minat dapatla dengan harga rm40k tue. Kalau nak kurang bidaan beli rumah lelong yang terhad untuk bumiputera aje. Yang tue kurang orang bida. Harga pun boleh tahan. 
Aku neh pun nampak gayanya kena beli rumah lelong la juga. Sama2 la kita kumpul duit 10% sebelum GST nak datang neh.
Hehehe.. 
Dan, berikut kat bawah ialah senarai permulaan untuk rujukan korang bagi memahami proses pembelian rumah lelong. Try2 la godek yang mana patut. Yang popular sekarang lelongan under CIMB. No 2 tue. Tersusun dan customer service dorang pun superb! Namun yang membuatkan dia popular ialah kerana dia punya senarai rumah lelong banyak sangat la. Yang lain kadang2 je ade. Tadi aku godek2 yang terbaru ada kat Batu Pahat. Landed. 32k. Mana nak cari tue. Harga rumah Johor sekarang mahal. Semua jual ke orang SG dah.

Haha..  


Senarai link/permohonan online lelongan bank. 

 
1.  Rumah lelong oleh Bank Rakyat : 
http://lelong.bankrakyat.com.my/

2. Rumah lelong oleh  CIMB : 
http://www.cimbbank.com.my/propertymart/

3. Rumah lelong oleh RHB : 
http://www.rhb.com.my/RHBPropertySearch/eproperty.asp

4. Rumah lelong oleh MAYBANK : 
http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/personalList04.do?channelId=OTS-OtherServices&programId=OTS07-PropertiesUnderAuction&chCatId=/mbb/Personal/OTS-OtherServices

5. Rumah lelong oleh Hong Leong Bank : 
http://www.hlb.com.my/propauction/proaucls.jsp?flag=listing

6. Rumah lelong oleh Bank Islam :
http://www.bankislam.com.my/en/pages/PropertyAuctions.aspx?tabs=8

7. Rumah lelong oleh Bank Simpanan Nasional :
http://www.mybsn.com.my/content.xhtml?contentId=292


JUAL SEKALI, UNTUNG BERKALI2, DAPATKAN FORMULANYA DISINI

Ahad, 3 Ogos 2014

NAK BELI RUMAH LELONG


Kalau nak tengok unit-unit untuk lelong, boleh tengok kat prop-auction.1k.com.my (free je). Setiap auctioneer (pelelong) pun ada website sendiri. Antara yang popular kat malaysia ni:Property Auction HouseNg Chan MauTan CorpJ ThilagamrajEhsanLeongHenry Butcher, dan banyak lagi. Saya dengar kat auctiondata.com.my listing lagi lengkap , tapi yang ni kena subscribe (RM1 sehari). Kalau tengok website-website ni, memang ada beratus2 rumah dilelong kat sana sini setiap minggu. Pilih, jangan tak pilih.
Kalau tak biasa dengan lelong, saya cadangkan belajar dulu, sebab kena faham selok belok dan trick2.. Boleh refer kat beberapa website kawan-kawan saya, terutamanyapie2020.com/blog dan faridzaswadi.blogspot.com. Saya cadangkan baca blog2 diorang dari awal, sebab entry2 yang awal-awal lagi banyak tips-tips berguna..
Kalau dah khatam, baru lah tau nak beli rumah kat kawasan mana (ada tempat panas, ada tempat sejuk), macamana nak survey rumah (sebab kita tak tengok rumah sebelum beli, mungkin kat dalam rumah tu ada lubang besar ataupun mayat haha), macamana nak buat duit atas angin (ni kena jadi ‘ulat’ ni), macamana nak cek tunggakan letrik, air, maintenance, cukai, dsb (kadang2 tunggakan sampai berpuluh2 ribu ringgit, kalau salah beli boleh bankrupt), macamana nak elak bayar tunggakan, macamana nak kawtim dengan pembida lain (contohnya kalau ada 5 pembida untuk unit sama, kalau lawan, harga reserve price mcm RM60k pun boleh jadi sampai RM125k. tapi kalau kita kawtim dan offer cash kat pembida lain RM500 sorang, kita menang at RM60k je, jadi win-win situation),