Selasa, 20 Mei 2014

ChatNet ASTRA

PROSEDUR CHATNET | Disusun oleh 9W2FLL

SEBELUM NET BERMULA
  1. Frekuensi:  Keseluruhan Repeater (Linking) ASTRA
  2. Sebelum Net Bermula:  (Tugas SNC/SPN)
a. Siap sedia dengan pensil dan kertas.
b. Gunakan helaian log (log sheet) untuk merekod ‘check in”.
c. Ingatlah (MENDENGAR) sangat mustahak.
d. Isikan helaian log (log sheet) sambil anda mencatat “check in”.
e. SNC/SPN PERLU berada di frekuensi dan mengumumkan net yang akan dikendalikannya nanti 10 minit sebelum Net bermula.
f.  Maksud SNC/SPN:
    • SNC - Station Net Control
    • SPN – Steysen Pengendali Net
PERMULAAN NET DAN PENGENALAN
Skrip:
  1. CQ CQ CQ yang dapat mendengar panggilan saya, disini (Call Sign SNC/SPN)  adalah sebagai SNC/SPN untuk acara mingguan yang diadakan oleh Persatuan Radio Amatur Melayu Malaysia (ASTRA) iaitu 2 meter net  setia/ceria 1 ASTRA 1 Malaysia.
  2. Mengucapkan (Assalammualaikum/Salam Sejahtera)
  3. Nama saya (SNC/SPN) dan saya adalah SNC/SPN anda pada hari ini  bertarikh………….(tahun masihi dan hijriah) untuk aktiviti mingguan yang  dijalankan  oleh Persatuan Radio Amatur Melayu Malaysia (ASTRA)  Setia/Ceria 1 ASTRA 1 Malaysia.
  4. Sesi net ini akan bermula pada jam ………….. dan akan berakhir pada jam………….. Penyertaan net ini adalah terbuka untuk semua operator  radio amatur.  Tujuan Net adalah bagi penyediaan untuk peristiwa-peristiwa komunikasi, latihan, penyebaran maklumat, pengujian alatan, untuk menyediakan sesi “eyeball” dan persediaan untuk situasi kecemasan.
  5. Net ini adalah net yang terarah.  Sila memancar HANYA apabila anda   diarah oleh  SNC/SPN.  Saya memohon sikap toleransi dari semua.  Jika anda dapat mendengar steysen di repeater pada frekuensi input nya bilamana saya tidak mendengar, sila break in dengan sebutan “RELAY” dan  tunggu saya panggil anda.
  6. Apabila check in sila berikan callsign anda dalam phonenatic dan diulang 2 atau 3 kali.
TURUTAN KEUTAMAAN PANGGILAN
  1.  Panggilan Kecemasan. (Memanggil steysen-steysen yang HANYA mempuyai berita kecemasan sahaja).  Panggilan ini tidak dikira sebagai “check in” tetapi mesti dibuat mengikut turutan.  Lihat arahan di para 4.
  2. Panggilan untuk hebahan atau pengumuman. (Memanggil steysen-steysen yang HANYA mempunyai hebahan atau pengumuman sahaja).  Panggilan ini tidak dikira sebagai “check in” tetapi mesti dibuat mengikut turutan.  Lihat arahan di para 4.
  3. Panggilan “Check in”
    • Steysen Mobile, portable dan berkuasa rendah (QRP). (Panggilan “check in”  yang pertama dan habiskan kesemua steysen yang telah dapat di catit)  diikuti
    • Base steysen.  (Panggilan “check in” yang kedua dan habiskan kesemua steysen yang telah dicatit.
    • Setiap steysen yang telah dicatat semasa “check in” sila arahkan mereka  “stanby” untuk dipanggil mengikut turutan.  Info yang diperlukan
      HANYALAH Nama, Lokasi, Kuasa Pemancaran dan Repeater yang  digunakan.  (Digunapakai ketika net mingguan.  Untuk net khas sila buat penambahan iaitu ucapan dari steysen yang “check in” bersempena dengan tema net tersebut)
  4. Ulang di perkara 1 hingga 3 sehingga selesai chatnet.

PENGUMUMAN/TAMAT
Bagi pihak persatuan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua steysen yang telah check inpada net kali ini dan jumlah yang tercatat adalah seramai………………. Dengan ini tamatlah acara 2 meter net setia/ceria 1 ASTRA 1 Malaysia iaitu acara mingguan dari Persatuan Radio Amatur Melayu Malaysia.
Saya selaku SNC/SPN memberi laluan frekuensi untuk kegunaan umum. Assalammualiakum dan Salam Sejahtera. 73

Isnin, 12 Mei 2014

9M4RDE / 9M4RNK - MENGIBAU KEMBALI


Mengibau kembali di suatu masa peranan persahabatan untuk ditatap oleh anak cucu dimana semua ...ini