Rabu, 31 Disember 2014

6 Soalan PENTING Sebelum Memilih Rumah Lelong

Hari ini, saya ingin memberikan sedikit tips tentang
memilih rumah lelong yang ingin dibeli.
Sebelum anda memberi komitmen untuk membeli sesebuah rumah tersebut.
Banyak perkara yang anda perlu lihat..

Antara perkara-perkara yang anda perlu lihat adalah :-

1.Adakah kawasan tersebut mempunyai kawasan yang selamat dari
segi kecurian. Ini anda boleh bertanyakan kepada penduduk di
kawasan tersebut.

2.Adakah kawasan tersebut seringkali banjir.
Hujan yang lebat sedikit air sudah mencecah lantai.

3.Adakah kawasan tersebut berdekatan dengan pencemaran habuk
atau bunyi (berdekatan dengan kawasan kilang atau berdekatan
dengan jalanraya yang sibuk).

4.Adakah kawasan tersebut terdapat pencemaran radiasi
atau berdekatan dengan alat pemancar.

5.Adakah rumah tersebut berdekatan dengan logi kumbahan najis
yang sering mengeluarkan bau yang ‘wangi’.

6.Adakah struktur bangunan rumah yang ditambah mendapat
pengesahan Majlis Daerah  / perbandaran. Ini penting dari segi keselamatan
jangkamasa panjang.

Lagu YAHANANA Kelantan Version "Huk Aloh Laa"

Sabtu, 20 Disember 2014

PELABURAN OH PELABURAN

Teori ekonomi ada menyebut ‘high risk high return’,
ianya  memang tidak dapat disangkal.

Tetapi dalam  pelaburan hartanah ianya menunjukkan seolah-olah
‘low risk high return’.

Jadi kenapa kita tidak mahu mengambil peluang ini?.

Berikut adalah analisa umum tentang jenis-jenis pelaburan :

1. SAHAM
-----------------
Ianya amat tidak stabil ia boleh naik atau jatuh merudum
bergantung kepada situasi ekonomi. Pelaburan ini amat memerlukan
skil yang tinggi untuk menguasainya.

2.UNIT AMANAH
-----------------
Agak lambat, perlu ambil masa sehingga 5 tahun baru menampakkan
hasil. Ramai yang tidak sabar menyesal memasuki pelaburan jenis ini.

3. BON
----------------
Walaupun risiko rendah tetapi kenaikan perlahan. Ini sesuai untuk
yang sudah banyak wang untuk ‘diversify’ pelaburan.

4. FOREX
----------------
Dari segi hukum masih dipertikaikan dan risiko yang cukup tinggi.
Ilmu tentang ini amat teknikal dan hanya dikuasai oleh pakar-pakar.

5. HARTANAH LELONG
----------------
Paling stabil. Keuntungan boleh dijangka dan nilainya boleh
meningkat sehingga 20% - 40 % dalam masa beberapa bulan sahaja
bergantung kepada jenis dan lokasi hartanah tersebut.
Sesiapa yang sudah melalui proses membeli rumah boleh memahami
bagaimana ianya boleh memberi pulangan yang menguntungkan.

Selasa, 16 Disember 2014

Tips Mendapat Rumah Lelong


Assalamualaikum salam hormat salam ceria salam sejahtera,


Tulisan kali ni saya nak cerikan sedikit mengenai rumah lelong oleh mahkamah. Rasanya jika dilelong oleh pelong berlesan hampir sama prosesnya. Saya ringkaskan supaya ianya mudah dibaca.



A. Sebelum Tarikh Lelong
  • Dapatkan alamat rumah
  • Pergi lihat sendiri rumah yang hendak dilelong.
  • Anggarkan kos yg terlibat untuk baik pulih.
  • Buat carian hak milik di pejabat tanah.
  • Semak tunggakan bil maintenance, bil air, bil elektrik, indah water jika rumah tinggal.
  • Dapatkan salinan surat pengisytiharan lelong oleh mahkamah daripada agen pelelong. (Segala syarat berkaitan pembayaran dan tanggungan ada dalam surat tersebut).
  • Sediakan bank draf 10% daripada harga rizab rumah. (Pastikan tiada kesalahan ejaan pada bank draf)
  • Semak kelayakan pinjaman bank anda. (Jika mahu membuat pinjaman dari bank)


B. Semasa Lelongan
  • Datang awal sebelum waktu lelongan.
  • Bawa kad pengenalan asal
  • Bawa bank draf
  • Sediakan RM 100 untuk tujuan mati setem. (Jika menang)
  • Letakkan HAD harga bidaan iaitu harga yang kita mampu. Jika melebihi had tersebut, tarik diri dari membida.
  • Bawa duit lebih (tunai) untuk membayar beza 10% daripada harga belian.


Contoh:
* harga rezab: RM60,000
* bank draf: RM6,000
* harga rumah selepas menang lelong: RM68,000
* 10% x RM68,000 = RM 6,800
* Bayaran tambahan yang perlu dibayar tunai selepas menang lelong: RM6800 – RM6000 = RM800


C. Selepas lelongan
  • Mohon pinjaman (jika tiada tunai)
  • Lantik peguam (bayar tunai ataupun melalui pinjaman bank) untuk proses tukar hak milik. Bagi mengurangkan kos, lantik peguam yg sama untuk pinjaman perumahan dan urusan tukar hak milik.
  • Jelaskan baki harga rumah kepada bank pelelong dalam tempoh 90 hari atau 120 hari.
  • Sediakan kos khidmat peguam. Kebiasaannya 6% drpd harga rumah jika melalui peguam bank dan 3% jika peguam sendiri.
  • Selepas penukaran hak milik selesai, rumah telah menjadi milik anda dan anda boleh mengerjakan rumah tersebut


Tips membeli rumah lelong:
  • Cuba elakkan membeli rumah lelong yang ada penghuni asal. (Jika mahkamah lelong tiada masalah)
  • Semasa tarikh lelongan, anda masih boleh tawar menawar dengan pembida lain sebelum waktu lelongan.
  • Anda boleh baca mengenai maklumat rumah dan syarat-syarat berkaitan pembayaran dan tanggungan di dalam surat pengisytiharan lelong.
  • Pastikan harga rumah lelong di bawah nilai harga pasaran.


Tahukah Anda? Salah satu teknik mudah untuk menjana keuntungan menerusi pelaburan hartanah, adalah dengan.. 

Langkah 1 : Membeli hartanah dibawah harga pasaran, 
Langkah 2 : Ubahsuai dan perbaikinya.. 
Langkah 3 : Sewakan atau jualkannya dengan harga yang lebih tinggi!"


Dalam masa beberapa bulan, anda mampu untuk menjana keuntungan beribu-ribu ringgit, malah tidak mustahil juga, berpuluh-puluh ribu ringgit! Teknik ini nampak mudah bukan? Semudah 1, 2,3......


MAAF! Saya terpaksa berterus-terang dengan anda disini!....


Walaupun hasilnya sangat lumayan.... TETAPI, Ianya bukan semudah yang disangka! Ianya melibatkan risiko yang besar! Silap langkah!..Anda mungkin terpaksa menanggung kerugian beribu-ribu ringgit, malah mungkin juga mencecah sehinga berpuluh-puluh ribu ringgit!

Untung Besar, Risiko Pun Besar...

Ini adalah hakikat di dalam dunia pelaburan! Tiada siapa yang boleh menafikannya!...Pelaburan yang memberikan keuntungan kecil, risikonya adalah kecil, manakala pelaburan yang memberikan keuntungan yang besar, maka risikonya pun adalah besar!
Namun begitu, RISIKO ini sebenarnya boleh dikurangkan!


Bercakap tentang RISIKO, saya gemar merujuk kepada kata-kata dari Pelabur Terkaya di dunia! iaitu Warren Buffett. Kata beliau...


"Risk comes from not knowing what you're doing."


Bermaksud... "Risiko datang apabila anda tidak tahu apa yang anda lakukan!". Disebabkan itulah, jika anda ingin melakukan sesuatu seperti menceburi bidang pelaburan hartanah yang lumayan ini! Anda perlulah terlebih dahulu belajar, menuntut ilmu dan membuat persediaan sebaik mungkin sebelum melakukannya. Dengan mengetahui apa yang anda lakukan.. kadar RISIKO dapat dikurangkan!


Salah satu cara untuk mengurangkan risiko tersebut.. adalah belajar daripada orang-orang yang pernah melakukannya.