Jumaat, 28 Mac 2014

Q Code Yang Betul

Sebelum saya teruskan, saya nak mengingatkan bahawa tegur menegur yang menbina dari Senior Ham kepada para Junior atau SWL adalah semangat Radio Amatur yang sebenar. Sikap menerima teguran membina baru boleh meneruskan semangat sebenar hobi Radio Amatur ini. The spirit of ham to to learn from each others and share ideas. Seperti mana-mana pengendali stesyen radio amatur seluruh dunia, penggunaan Q-Code adalah satu standard bahasa sejagat (universal) seluruh dunia dalam perhubungan radio termasuk stesyen-stesyen profesional. Sebab kenapa Q-Code digunakan? Ini disebabkan pengandali stesyen radio amatur ini datang dari pelbagai bangsa, negara dan latar belakang bahasa ibunda masing-masing. Maka Q-Code ini melalui Persidangan Radio Dunia(WRC) mempersetujui penggunaan Q-Code ini diguna pakai di mana-mana negara. Q-Code ini pada asalnya digunakan dalam hubungan Kod Morse sebab Kod Morse inilah yang mula-mula manusia membuat perhubungan melalui talian Telegraf(Telegraph Line) sebelum perhubungan audio bermula selepas 1912. Dalam mod Audio, penggunaan Q-Code tidaklah menjadi kemestian. Tetapi para HAM adalah digalakan untuk terus menggunakan Q-Code supaya tidak lupa. Q-Code yang biasa kedengaran:

QRX
QSL
QRL
QRT
QRM
QRN
QST
QSP
QRO 

Adalah kod-kod yang selalu disebut. Akan tetapi ada dua Q-Code yang selalu para HAM silap guna iaitu QRX dan QRT.

QRX merujuk kepada Garis Panduan SKMM bermaksud: When will you call me again? (Untuk bertanyakan soalan) atau Stanby/I will call you again at...................hours on....................kHz. (untuk menjawap). Apabila kita teliti semua SWAL commercial atau Ham sering mengunakan QRX 73 untuk mengakhiri suatu kontak. Kita teliti QRX 73 ini apa maksud jadinya: When will you call me again? 73 (Membawa maksud bilakah anda memanggil saya lagi? 73) bermakna orang yang anda bertanyakan soalan itu bernama 73 dan bilakah beliau akan memanggil anda lagi. Atau Stanby/I will call you again at 73 minute on 73 kHz atau 73 hours on 73 kHz. (Lagi tidak betul).
Dalam konteks QRT pula;QRT dalam Garis Panduan bermaksud I will stop sending/stop sending. Tetapi ramai yang salah menggunakannya sebagai maksud menutup stesyen. QRT hanyalah sebagai stop sending atau stop transmitting dan masih monitor. Sekiranya diteliti dalam kontak kod morse, QRX dan QRT langsung tidak pernah digunakan pada kontak kod morse masa kini tetapi juga merupakan keperluan untuk tahu. Untuk cara yang baik untuk menutup terus stesyen ialah QRT and signing off, QRT and pulling the big switch, QRT and Closing down. Jika anda hanyalah menyebut QRT, maka ramai stesyen ingat anda masih monitor. Sebagai contohnya anda memanggil sesuatu stesyen dan stesyen tersebut tidak respond anda, maka anda akan menyebut "9w6... atau 9m6....QRX Standing by atau 9w6... atau 9m6.....QRX." atau callsign commercial LD..QRX Standing by atau LD...QRX. Cara ini adalah tidak betul dan kepada siapa QRX ini ditujukan sekiranya stesyen yang anda panggil tidak respond? Juga biasa gunakan yang paling salah " Saya mohon QRX dulu" Kita langsung QRX. Cara penutup atau mengakhiri kontak ini paling salah. Asas mengendalian stesyen amatur radio yang betul ini seharusnya bermula dari peringkat SWL lagi. Kekadang HAM yang berlesen pun membuat kesilapan. QRX dan QRT bukannya digunakan untuk mengakhiri suatu kontak.

Kesalahan yang biasa didengari dalam jaluran seperti:

QRX 73.
QRU QRX 73
QRX QRT 73
QRT QRX 73
Saya nak mohon QRX dulu
Saya nak mohon stanby dulu
Saya nak mohon QRT dulu
Kita langsung QRX
73 kita QRX
Kita Langsung QRU
QRX before QRT

Yang betul ialah:

QRU 73 (masih monitor)
QRT 73 (masih monitor)
Signing Off (masih monitor)
Clear (masih monitor)
Clear from frequency (masih monitor)
QRT and Closing Station (Tutup terus)
QRT and Pulling the big switch (tutup terus)
QRT and Shut Down (tutup terus)

Semasa saya menulis atikel ini, saya menulisnya dengan pandangan untuk menjadikan Radio Amatur yang kini dikelaskan sebagai hobi yang mempunyai standard sejagat seluruh dunia untuk setanding dengan negara lain. Kita seharusnya kendalikan stesyen radio amatur kita dengan penuh beretika mengikut SOP, tersusun semua prosidur serta yang paling penting sekali jangan memberi tanggapan kepada para HAM negara lain bahawa kita ini HAM yang tiada kelas dan tidak beretika. Ini kerana jika anda kini selaku SWL mungkin tidak memikirkan perkara-perkara tersebut. Tetapi apabila suatu hari nanti anda telah berlesen anda sendiri akan dapat merasai masalah tersebut apabila telah mula kontak dengan HAM yang lain dalam negara atau luar negara. Apatah lagi jika frekuensi yang dikhaskan untuk anda dalam lesen telah disalah gunakan oleh stesyen tanpa lesen atau pirate station. Marilah kita sama-sama naikkan hobi ini dan sekaligus jadi seseorang HAM yang beretika mengikut SOP dan memelihara ketulinan CALLSIGN negara kita supaya tidak disamakan dengan stesyen tidak berlesen. Supaya menjadi buruan negara lain untuk buat kontak dan bukannya dipulaukan.

Mungkin anda akan terasa tersinggung atau fikir "Apa perlu disamakan dengan negara lain, kita-kitalah!!!??"

Ya, setiap orang pastinya ada perasaan defensif dan cara masing-masing, tetapi untuk mengendalikan stesyen radio amatur ini haruslah mengikut tatacara yang betul. Kalau tidak, apa perlunya kita Exam RAE dan dapat pentauliahan? Mungkin hari ini anda rasa tiada keperluan untuk HAM dengan negara lain dan tidak perlu terlalu standard sangat. Mungkin anda betul...
Dengan perkembangan pesat dalam HAM Radio, pengendali-pengendali ham radio boleh bertemu dengan ham negara lain hanya dengan VOIP seperti Echolink yang kini sangat hangat. Adakah anda hanya sebagai pendengar QSO dari negara lain selamanya? Kalau hanya nak menjadi pendengar, apalah gunanya lesen ASAA yang memperuntukan kepada anda HF band 10m dan 6m untuk ASAA B dan semua HF ASAA A serta jalur 2m/70cm satelit.

Buat perubahan mulai dari sekarang bermula dari cara QSO dari peringkat commercial lagi terutamanya penggunaan QRX. Fahami apa maksud Q code tersebut sebelum guna. Jangan ikut trend. 

Kredit to 9M6WST