
1. Tentukan peralatan kita
saperti Transceiver, Power Supply, Antenna & Grounding dalam keadaan baik.
Check adakah antenna telah di pasang dan di ketatkan. Jika anda menggunakan
“ATU” pastikan cablenya di cantumkan kepada kedudukan yang betul dan ketatkan
nya. Tentukan power kabel di cantumkan ke polarity yang
betul + dan – pastikan semua nya dalam
keadaan betul. Satelah itu barulah di ON kan alat transceiver anda. Oh ya
sebelum itu baca terlebih dahulu “manual” yang di berikan buatkan satu salinan
dan letakan di atas meja.
2. Perkara
yang paling penting sebelum kita berqso banyakan lah mendengar (“monitor”)
terlebih dahulu bagaimana ham-ham yang berpengalaman berqso dan cara mereka
berikan mic kepada rakan yang satu lagi. Yang paling penting sediakan pen dan
kertas untuk mencatit tanda panggil , nama, freq,masa dll. Walaupun kita dalam
keadaan “monitoring” catitan ini amat penting masukan kedalam Buku Log, anda
boleh masukan kedalam komputer namun perlu di ingat ada kala nya komputer kita
“crashed” jadi adalah sebaiknya anda membeli sebuah buku size A4 yang mempunyai
sekurang-kurangnya 300 muka surat.
3. Ambil lah
masa yang tertentu untuk mendengar (monitor) satelah itu tenangkan diri anda dan
jangan gopoh untuk bercakap, cakap dengan nada biasa dan pastikan “mic gain” di
setkan ketempat yang sesuai. Oh ya paling penting tentukan di atas meja kita ada
“Transceiver Manual” untuk rujukan kita apabila diperlukan dari masa
kesemasa.
4. Apabila
anda bercakap tentukan kedudukan mic anda dalam jarak yang sesuai jangan terlalu
jauh dan jangan terlalu dekat. Dan pastikan kedudukan mic menghala ke kiri atau
ke kanan.
5. Apabila
anda bercakap pertama sekali cuba dapatkan signal report dan yang paling penting
cuba tanyakan audio kita bagaimana? Dan mintakan jawapan yang ikhlas mungkin.
Jika anda hanya bertanya signal report saya macam mana? Jawapan yang deberikan
adalah 5/8….5/9 …mungkin jawapan yang diberikan tidak ikhlas…sebab kemungkinan
stesen yang anda QSO hendak menjaga hati anda…jika ianya ok tak mengapa tapi apa
akan jadi jika signal anda 5/9 tapi audio yang keluar tidak selari dengan signal
yang diterima contohnya audio anda halus…bunyi seolah-olah orang cakap
berbisik..sayup ….sayup susah untuk di dengari dan ada pula signal yang kita
terima 5/9 plus 20dB tapi kita tak faham apa orang itu perkatakan…over
"modulate" atau "distorted".
Contoh
QSO:
9M25AV: 9M25MW…..9M25AV
Good Morning, you are 5/9 name here is Avatar. So back to you 9M25Mike
Willie …..9M25Apple Victor
9M25MW: 9M25Apple Victor
…9M25Mike Willie
Good Morning
to you. Handle here is Mal like mike..mike apple..apple London…London
–MAL
You are 5/9
10dB. Can you please give me honest report how is my audio……tempreture here is
about 15 Deg C. so back to you. 9M25Apple Victor …9M25Mike
Willie.
Contoh yang
kedua:
9M25FT: 9M25EG ….9M25FT
hai Ari apa khabar ? Terima anda 5/9. Saya baru setup radio saya bagaimana
signal saya dan tolong beri audio report seiklas mungkin. Saya ingin tahu
bagaimana anda terima audio saya. Over to you 9M25Echo Golf …..9M25Fox
Tenggo.
9M25EG: 9M25Fox Tenggo
……9M25Echo Golf. Ok terima anda 5/9. Jika anda tanyakan tentang audio yang
kritikal saya katakan disini audio anda tidak berapa keluar atau
menyerlah…..cuba anda adjustkan sedikit mic gain anda.
6. Satu lagi
apabila anda pertama kali bercakap dengan satu stesen yang lain sebaiknya anda
berikan nama anda, kita dapati ramai yang terlupa untuk memberi nama ini kerana
kita terlalu gopoh atau berdebar-debar kerana ini pertama kali datang ke udara.
Itu sebabnya penulis katakan kita perlu banyak
mendengar (monitor”)
7. Elakan
dari menggunakan lingo-lingo 2 meter jika anda berqso di HF contohnya
Tengo..Tengo. ..Overrr
Atau
Ovekkkk. Sebut saje “Over”. Lagi satu tidak ada perkataan
“Positive” untuk menggantikan “QSL” Penggunaan
“Nagative” ada tetapi bukanya “Positive” ayat “Positive” harus digantikan dengan
“Affirmative” atau “Affirm” ini diguna pakai dalam International Voice
Communication
Apa yang
dimaksudkan dengan
“Affirmative”=
jawapan yang mengiakan (membenarkan) sementara
Affirm=menguatkan,membenarkan,mengiakan,mengesahkan.
8. Seperkara
lagi “audio quality” haruslah di UJI ("Test) dengan menyambungkan alat
transceiver anda ke dummy load dan gunakan receiver untuk mendengar transmission
anda melalui “headphone” jika sekiranya anda tidak mempunyai alat receiver anda
boleh mendapatkan pertolongan dari rakan2 yang lain untuk monitor quality audio
anda.
9. Elakan
dari memicit “PTT” terlalu lama ketika berqso sentiasa lepaskan PTT beberapa
saat untuk memberi laluan kepada stesen-stesen lain yang ingin join atau memberi
laluan kepada trafik-trafik kecemasan sentiasa memberi “3 sec pause” setiap over
ini adalah ciri-ciri etika atau Radio Amatur yang baik.
10. Berqso
jangan terlalu laju dan ayat-ayat yang dipertuturkan perlulah jelas.
Elakan dari menggunakan CW abbreviation saperti “Hi ..Hi..Hi atau Hik
Hik Hik perkara ini harus di elakan dan Q Code pula hanya digunakan
jika bahasa menjadi masalah contoh Q Code yang biasa diterima pakai ialah QRZ ,
QSL ..bahasa biasa harus digunakan sebaik mungkin. Jika anda operate luar dari
alamat kediaman yang tercatit dalam AA anda harus menyebut Poratable contoh nya
“This is 9 Mike Two Five Bravo Victor Stroke Portable or 9 MIKE 25 BRAVO VICTOR
PORTABLE kalau Mobile sebut kan MOBILE.
11. Akhir sekali jika anda pertama kali hendak TX di HF
anda di nasihatkan berQSO terlebih dahulu di "Local" di 40 Meter Band biasanya
anda akan dengar stesen-stesen tempatan di freq. 7.043 atau 7.130 Jika anda hendak membuat panggilan di HF. Cari satu
freq. yang kosong dan dengar dahulu selama 1 ke 2 minit atau anda boleh terus
katakan "Is this frequency being used.."Jika tidak kedengaran apa. Buatlah
panggilan saperti berikut CQ, CQ, CQ, CQ THIS IS NINE MIKE TWO FIVE ALPHA
VICTOR.......NINE MIKE TWO FIVE ALPHA VICTOR......NINE MIKE TWO FIVE ALPHA
VICTOR di ulang sehingga 3 atau 4 kali
Sepatutnya
cara berqso di HF dan di 2 meter repeater tak banyak beza akan tetapi pada hari
ini cara berqso di 2 meter repeater tidak mengikut piawayan Ham antarabangsa
tidak saperti 20 tahun yang lalu. Generasi sudah berubah…namun kita tidak
seharusnya melebelkan siapa yang bersalah kita tidak tidak mahu menghukum
mana-mana pihak jika sekiranya ada yang tidak betul kita harus baiki kelemahan
yang ada. Kita perlu memiliki sikap terbuka dan sedia menerima
teguran.
LISTENING FOR DX AS AN
SWL
This is one of the most interesting aspects
of amateur radio, and attracts a very large number of those who never aspire to
a transmitting licence but prefer to listen to what is happening on our bands.
The number of shortwave listeners probably exceeds that of licence amateurs,
and it is these very same individuals who often make the best
operators when they do obtain licence.
Rujukan: Amateur Radio Operating
Manual -RSGB
RSGB Radio Communication
Handbook
ARRL Handbook