Ahad, 3 Ogos 2014

NAK BELI RUMAH LELONG


Kalau nak tengok unit-unit untuk lelong, boleh tengok kat prop-auction.1k.com.my (free je). Setiap auctioneer (pelelong) pun ada website sendiri. Antara yang popular kat malaysia ni:Property Auction HouseNg Chan MauTan CorpJ ThilagamrajEhsanLeongHenry Butcher, dan banyak lagi. Saya dengar kat auctiondata.com.my listing lagi lengkap , tapi yang ni kena subscribe (RM1 sehari). Kalau tengok website-website ni, memang ada beratus2 rumah dilelong kat sana sini setiap minggu. Pilih, jangan tak pilih.
Kalau tak biasa dengan lelong, saya cadangkan belajar dulu, sebab kena faham selok belok dan trick2.. Boleh refer kat beberapa website kawan-kawan saya, terutamanyapie2020.com/blog dan faridzaswadi.blogspot.com. Saya cadangkan baca blog2 diorang dari awal, sebab entry2 yang awal-awal lagi banyak tips-tips berguna..
Kalau dah khatam, baru lah tau nak beli rumah kat kawasan mana (ada tempat panas, ada tempat sejuk), macamana nak survey rumah (sebab kita tak tengok rumah sebelum beli, mungkin kat dalam rumah tu ada lubang besar ataupun mayat haha), macamana nak buat duit atas angin (ni kena jadi ‘ulat’ ni), macamana nak cek tunggakan letrik, air, maintenance, cukai, dsb (kadang2 tunggakan sampai berpuluh2 ribu ringgit, kalau salah beli boleh bankrupt), macamana nak elak bayar tunggakan, macamana nak kawtim dengan pembida lain (contohnya kalau ada 5 pembida untuk unit sama, kalau lawan, harga reserve price mcm RM60k pun boleh jadi sampai RM125k. tapi kalau kita kawtim dan offer cash kat pembida lain RM500 sorang, kita menang at RM60k je, jadi win-win situation),