Ahad, 18 Mac 2012

PEMBERITAHUAN MESYUARAT KOMUNITI ASTRA NEGERI KELANTAN 2012

        PERSATUAN RADIO AMATUR MELAYU MALAYSIA
No. Pendaftaran: 626 PPP/PRK.0198/97 PPM/PRK. 1787/97
                    (ASTRA KELANTAN)






_____________________________                                                                                                             Ruj. Kami: ASTRAKel./03/01/(03)12
Tarikh:      17 Mac 2012
           

Kepada,

SEMUA AHLI ASTRA NEGERI KELANTAN

Tuan/Puan,

NOTIS PEMBERITAHUAN MESYUARAT KOMUNITI ASTRA NEGERI KALANTAN 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak ASTRA Pusat  mengarahkan supaya setiap komuniti ASTRA negeri mengadakan mesyuarat tahunan.  Hasil dari persetujuan mesyuarat AJK pada 17 Mac 2012, maka dengan ini telah ditetapkan sebagaimana berikut dan tuan/puan dijemput hadir:

            Tarikh:            23 Mac 2012
           
            Hari:                 Jumaat

            Masa:               2.30 petang
            Tempat:          Dewan Sek. Keb. Machang (2), Jalan Machang-Tanah Merah,
                                    Machang, Kelantan.

2.         Atur Cara dan Agenda Mesyuarat
            i.    Ucapan Pemangku Pengurus ASTRA Kelantan
            ii.    Ucapan Mantan Pengurus ASTRA Kelantan / Ahli Kehormat ASTRA Kelantan
            iii.   Pembubaran Jawatankuasa Sementara ASTRA Kelantan Sessi 2011-2012
            iv.   Perlantikan Pengerusi Komuniti ASTRA Kelantan (Pengurus ASTRA) Sessi 2012-2013
            v.   Hal-hal lain.

3.         Untuk maklumat tuan/puan semasa hari mesyuarat tersebut, kaunter Pembaharuan dan Pendaftaran Baru Keahlian ASTRA juga dibuka. Tuan/puan boleh membuat PEMBAHARUAN dan PENDAFTARAN secara terus menerusi wakil ASTRA Pusat.  Semoga kehadiran tuan/puan ke mesyuarat ini akan lebih memberi munafaat kepada semua demi kemajuan ASTRA khususnya negeri Kelantan.
Sekian harap maklum.

“1 MALAYSIA 1 ASTRA”




 

<< Klik SINI untuk Download Surat Rasmi >>

Sabtu, 8 Oktober 2011

BAGAIMANA HENDAK MENJADI OPERATOR RADIO AMATUR DI MALAYSIA

Apakah itu Radio Amatur?
Sepuluh Perkara yang anda perlu tahu berkenaan Radio Amatur
(dipetik dari risalah MCMC) – 08/10/2011 | 9W2CZK | 9w2czk@gmail.com | 019-9688645

Radio Amatur atapun juga dikenali sebagai “Ham Radio” ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio. Pengguna-pengguna Radio Amatur ini saling berhubung dengan rakan-rakan mereka seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan.

Bilakah Radio Amatur bermula?
Sejarah Radio Amatur ini telah bermula semenjak perhubungan radio digunakan. Pada tahun 1912, Kongress  Amerika  Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat. Bermula 1914, pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan satu system penghantaran mesej di antara mereka. Di Malaysia, radio amatur merupakan titik bermulanya perkhidmatan radio komersil.

Apakah yang boleh saya lakukan dengan Radio Amatur?
Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat, pada setiap masa! Pada waktu-waktu bencana, Radio Amatur amat berguna, terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadang kala boleh bercakap dengan para angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan! Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital. Adakah hobi lain yang menyediakan sebegitu ciri sepertinya?

Saya sentiasa sibuk. Adakah saya masih boleh menikmati hobi ini?
Sudah tentu! Hobi ini tidak terikat kepada sesuatu masa, tempat dan pendapatan seseorang. Memandangkan ianya mudah dikendalikan, ramai yang sentiasa sibuk mendapati ianya seronok digunakan dan mengurangkan tekanan selepas seharian bekerja. Anda dan juga keluarga anda juga boleh menikmati dan mempelajari hobi ini.

Apakah perbelanjaan yang diperlukan bagi hobi ini?
Sebuah radio bersaiz telapak tangan yang baru mungkin sama harganya dengan satu TV 19 inci yang berkos rendah. Radio yang lebih besar adalah sama kosnya dengan satu komputer.
Selain dari itu, bahan-bahan pembelajaran berkenaan Radio Amatur adalah berpatutan dan yuran peperiksaan bagi mendapatkan Sijil Perakuan juga adalah rendah.
Secara alternatif, sekiranya anda cenderung untuk menguji-kaji, seperti kebanyakaan pengguna Radio Amatur atau “Ham Radio”, anda boleh membuat unit “Ham Radio” anda sendiri.

Siapa yang boleh membantu saya?
Kelab-kelab Radio Amatur terdapat di seluruh Malaysia dan bersedia untuk membantu anda. Ada di antara kelab-kelab tersebut mempunyai halaman web yang mengandungi maklumat mengenai hobi tersebut.

Bagaimana saya boleh menjadi seorang operator Radio Amatur?
Hanya mereka yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amatur. Bagi mendapatkan Sijil Perakuan, anda haruslah warganegara Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut:

* Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio bagi Sijil Perakuan Kelas B; atau

* Ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori dan radio di atas bagi Sijil Perakuan Kelas A.

Siapakah yang mengeluarkan Sijil Perakuan itu?
Sijil Perakuan tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kepada mereka-mereka yang telah lulus ujian yang diadakan.

Adakah saya perlu membayar yuran?
Ya, Sijil Perakuan tersebut haruslah diperbaharui setiap tahun. Yuran tahunan bagi Sijil Perakuan Kelas A adalah sebanyak RM36 dan bagi Sijil Perakuan Kelas B, yurannya adalah RM24 setahun.

Apakah yang boleh saya pelajari sebagai permulaan?
Anda boleh memulakan pelajaran anda dengan mempelajari fonetiks abjad yang digunakan oleh pengguna-pengguna Radio Amatur di seluruh dunia!