Ahad, 6 Mei 2012

Peperiksaan Radio Amatur Siri Pertama Tahun 2012 (RAE 2012-1)

Bagi memenuhi kehendak Peraturan 26(2), Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknikal) 2000, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menganjurkan Peperiksaan Radio Amatur siri pertama bagi tahun 2012.Individu yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk mendudukinya. Permohonan atas talian (online) boleh dibuat terus ke URL http://sems.skmm.gov.my.
Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Klik
di sini untuk memuat turun borang permohonan

Ahad, 22 April 2012


Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan Notis Pemberitahuan Ujian R.A.E. Ujian R.A.E Siri 1/2012 akan diadakan pada 27 Jun 2012 (Rabu). Klik pada gambar MCMC bagi mendapat maklumat yang lebih tepat.

Jumaat, 20 April 2012

Cara Setting Radio ICOM V2200/V8000

By AKRAB Kelab Komunikasi Radio Amatur Bachok Kelantan




Untuk panduan rakan yang belum berkemahiran memasukan Frenkuensi Baru ke dalam Mobil Rig jenis ICOM V8000/V2200
Langkah-Langkah Memasukkan Frenkuensi Repeter
Setting Guna ptt
1. Tekan VFO
2. Tekan Ent C
3. Taip Frekuensi yang dikehendaki
4. Untuk Masukan minus (-) dan simbol togel (tone)
- tekan 7 - utk dapatkan simbol (-)
- tekan Function -
- tekan 7 - untuk dapatkan simbol (togel)
Untuk Masukan Plus (+)
- tekan 8
- tekan Function
- tekan 8
5. Pilih nilai tone dan Minus (Cth - 600)
- Tekan Set B (berulang kali sehingga jumpa menu tone dan minus yang dikehendaki)
- Untuk dapat nilai tone/minus yang betul -tekan anak panah turun naik
Bila dah dapat semuanya tekan ptt
6. Untuk masukkan Frenkuesi dalam no memory
(sebelum ini anda telah mengenalpasti no yang kosong)
Tekan : Function
Tekan : Clr A
Tekan : Pilih No Memory yang kosong (guna turun naik/pusing tombol)
Tekan : Function
Tekan : Clr A (selama 3 second - sehingga bunyi 'bib' 2 X)
7. Akhir sekali tekan MR/Call
Langkah-Langkah Memasukan Frenkuensi Simpleks

Setting Guna ptt
1. Tekan VFO
2. Tekan Ent C
3. Taip Frekuensi yang dikehendaki
4. Tone/Minus tak perlu set
5. Untuk masukan Frenkuesi dalam no memory
(sebelum ini anda telah mengenalpasti no yang kosong)
Tekan : Function
Tekan : Clr A
Tekan : Pilih No Memory yang kosong (guna turun naik/pusing tombol)
Tekan : Function
Tekan : Clr A (selama 3 second - sehingga bunyi 'bib' 2 X)
Akhir sekali tekan MR/Call

Di harap dapat membantu rakan -rakan
panduan oleh 9W2 PKU - Pak Ku mie (SU AKRAB)-kemaskini 7 April 2009

Sabtu, 14 April 2012

ASTRA KELANTAN: PRESIDEN ASTRA MALAYSIA MERASMIKAN MESYUARAT ...

ASTRA KELANTAN: PRESIDEN ASTRA MALAYSIA MERASMIKAN MESYUARAT ...: Presiden ASTRA Malaysia, Dato' Bahari bin Taib (9W2DBT) telah sempat bersama di mesyuarat kali ini dan merupakan julung kalinya ASTRA Kelant...

ASTRA KELANTAN: MESYUARAT KOMUNITI ASTRA KELANTAN 2012

ASTRA KELANTAN: MESYUARAT KOMUNITI ASTRA KELANTAN 2012: Assalamualaikum... Salam 1 ASTRA  1 Malaysia Kepada semua ahli ASTRA Negeri Kelantan, satu mesyuarat Komuniti ASTRA Negeri Kelantan akan di...

ASTRA KELANTAN: JALUR TRUNKNASIONAL ASTRA ALAMI GANGGUAN

ASTRA KELANTAN: JALUR TRUNKNASIONAL ASTRA ALAMI GANGGUAN: Informasi kepada semua ahli ASTRA Kelantan bahawa Jalur Trunknasional ASTRA mengalami masalah pada repeter linking di Bukit Pemandangan Inda...

Ahad, 18 Mac 2012

PEMBERITAHUAN MESYUARAT KOMUNITI ASTRA NEGERI KELANTAN 2012

        PERSATUAN RADIO AMATUR MELAYU MALAYSIA
No. Pendaftaran: 626 PPP/PRK.0198/97 PPM/PRK. 1787/97
                    (ASTRA KELANTAN)






_____________________________                                                                                                             Ruj. Kami: ASTRAKel./03/01/(03)12
Tarikh:      17 Mac 2012
           

Kepada,

SEMUA AHLI ASTRA NEGERI KELANTAN

Tuan/Puan,

NOTIS PEMBERITAHUAN MESYUARAT KOMUNITI ASTRA NEGERI KALANTAN 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak ASTRA Pusat  mengarahkan supaya setiap komuniti ASTRA negeri mengadakan mesyuarat tahunan.  Hasil dari persetujuan mesyuarat AJK pada 17 Mac 2012, maka dengan ini telah ditetapkan sebagaimana berikut dan tuan/puan dijemput hadir:

            Tarikh:            23 Mac 2012
           
            Hari:                 Jumaat

            Masa:               2.30 petang
            Tempat:          Dewan Sek. Keb. Machang (2), Jalan Machang-Tanah Merah,
                                    Machang, Kelantan.

2.         Atur Cara dan Agenda Mesyuarat
            i.    Ucapan Pemangku Pengurus ASTRA Kelantan
            ii.    Ucapan Mantan Pengurus ASTRA Kelantan / Ahli Kehormat ASTRA Kelantan
            iii.   Pembubaran Jawatankuasa Sementara ASTRA Kelantan Sessi 2011-2012
            iv.   Perlantikan Pengerusi Komuniti ASTRA Kelantan (Pengurus ASTRA) Sessi 2012-2013
            v.   Hal-hal lain.

3.         Untuk maklumat tuan/puan semasa hari mesyuarat tersebut, kaunter Pembaharuan dan Pendaftaran Baru Keahlian ASTRA juga dibuka. Tuan/puan boleh membuat PEMBAHARUAN dan PENDAFTARAN secara terus menerusi wakil ASTRA Pusat.  Semoga kehadiran tuan/puan ke mesyuarat ini akan lebih memberi munafaat kepada semua demi kemajuan ASTRA khususnya negeri Kelantan.
Sekian harap maklum.

“1 MALAYSIA 1 ASTRA”




 

<< Klik SINI untuk Download Surat Rasmi >>